Want your
own Fotopage?









 
Danish & Dalila's memorable journey

By: Shalia Irliana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Monday, 14-Jul-2008 18:29 Email | Share | | Bookmark
Kisah mama plak...

sejurus kluar dr OT
nilah dia guper 'cricket ball' dlm perut mama tu
bila dipecahkan dlm dia ada air kekuningan & darah
Assalammualaikum semua…

Mesti ada di antara mommies yg dah tau kisah mama ni… terima kasih yg tidak terhingga mama ucapkan pada semua yg memberi sokongan pd mama. Kalau 2 hari lepas mama bercerita panjang kisah puteri mama Dalila…. Harini citer pasal mama…

Sebenarnya mama disahkan ada ovarian cyst sehari sebelum tragedi yg menimpa dalila tu. Masa tu mama memang x rasa sakit w/pun gynae yg mama jumpa tu ckp cyst mama tu sizenya agak besar. Memandangkan mama masih belum period gynae tu x buleh bg aper² ubat sbb tkt mama pregnant.

Dari jumaat sehingga isnin menjaga dalila di hospital mama x rasa sakit langsung pun kat bahagian kiri perut mama tu. Tiba² Isnin mlm tu dlm pukul 12 mlm ketika mama hendak bgn dari menangkur di tepi katil dalila mama rasa satu sentapan yg agak kuat di kiri perut mama… perlahan² mama cuba bgn dan berdoa jgn lah terjadi apa² pada mama mlm itu. Mama sms papa apa yg mama rasa…. Papa risau … mama kata xpa mama masih bleh tahan. Semakin lama sakit berkurangan hingga lah ke siang. Bila papa dtg mama kata rasa sakit tu dah semakin kurang… papa suruh mama pergi jumpa gynae mama tu…. kalo boleh mama x mahu tinggalkan dalila. Papa pujuk mama supaya pergi jumpa gynae tu… akur dgn pujukan papa….

Rabu (4/6/08) mama pergi jumpa gynae tu dekat Columbia Asia Puchong. Memandangkan mama dah rasa sakit w/pun masih buleh tahan dia advised mama tuk remove the cyst immediately takut cyst tu twisted. Risikonya kalo twisted mama akan rasa lebih sakit & sel ovari akan rosak, ovari mama akan di buang. Mama bersetuju untuk buang cyst tu… tapi ….. mama terkenangkan dalila di Hospital Purtajaya… dan mama kenangkan papa. Tentu papa akan risaukan mama sbb kalau papa jaga dalila sudah tentu papa x boleh jenguk mama. Setelah berbincang dgn gynae mama dia rujuk kes mama pd gynae di Hospital Putrajaya. Pada hari yg sama mama kena tahan ward kat Putrajaya, sdg mama menerima rawatan kat unit kecemasan papa sms kata dalila bleh discharge. Alhamdulillah…syukur anak mama dah buleh balik… tapi yg sedihnya mama x dpt jaga dia kat rumah. Mama mmg sedih sgt masa tu… ketika dalila perlukan jagaan/perhatian yg lebih dr mama, mam plak sakit. 3 hari duk ward…dr Cuma observe jer kes mama & buat appointment lg sebulan tuk tgk semula cyst tu. Mama & papa x mo ambil sebarang risiko. Trus mama call KPJ Specailist Hospital kat Kajang buat appointment.

Isnin (9/4/08) mama jumpa plak gynae kat KPJ Kajang tu. Mama pilih KPJ Kajang sbb dia antara hospital yg panel AIA, sbb mama pemegang kad AIA (under company papa) pastu hospital ni dekat dgn umah kakak ipar mama. So atleast mama leh minta tlg dr kakak ipar mama kalau papa x dpt dtg. Gynae tu pun ckp better removelah sbb mama dah rasa sakit & x selesa.

Selasa (10/4/08) seawal 8.00 pg mama admit kat KPJ. Kul 8.45 turun OT. Kul 9.00 masuk bilik bedah. Kul 10.10 pg sedar semula & rasa perut pedih². Duk a kat ward sampai khamis. Mama cuti sakit 40 hari tu… cam org bersalin gak a… luka tempah bedah tu pun besarnya lebih kurang mama bersalin Danish gak dulu… bezanya xder bb kat sebelah jerk…
Skang dah sebulan ..Alhamdulillah mama dah semakin sembuh… kadang² tu terasa gaklah pedih² kat luka tmpt bedah tu….

Mama percaya apa jua yg terjadi ada hikmahnya.. pada mulanya mam mmg sedih kenapa perkara ni jd serentak..dalila sakit..mama sakit..sapa nak jaga dalila.... tp Alhamdulillah... kami sama² dpt berehat lama dirumah.... papa lah yg jaga kami.... tp tukang masak import dr kg a....hehehe..

Itulah dia citer mama yg nak dikongsi ngan mommies summer… bawah ni pic cyst tu…cyst tu tu size dia 6.5cm dlm report dr tulis sebesar bola kriket... Alhamdulillah cuma simple cyst xda sel cancer. Tp dr kata ia disebabkan oleh hormon ada kemungkinan leh jd balik....mudah² an tidaklah AMIN... pd yg seriau x yah tgk lah…kang pitam plak…huhu…

p/s: gambar x berapa nak clear sbb pic yg pertama tu papa salah setting. Pic yg ke2 & ke3 tu pic dr report dr, mama malas nak scan.. snap semula ngan camera jerk...

semoga lebih ceria dan bahagia kini hendaknya,telah mengharungi belbagai dugaan.
Papa walaupun masih bujang mengharapkan seorang lagi anak saudara yg comey, macam adeq dalila
Tue 15-Jul-2008 10:27
Posted by:papa din
alhamdullilah selamat buang cyst tu... besar yer rupanya....... semua ni ujian allah semoga tabah yer....
sedih linnn baca citer2 kat dalam nie.. apapon linn sentiasa doakan kesejahteraan kak ju sekeluarga...

anak linn pon pernah gak mcm dalila tu..but syukur sgt sbb kena kat tgn......
semoga dalila semakin semakin sembuh yer.... ermm linn sapukan aloevera utk hilangkan parut tu........
alhamdulillah semakin hilang sbb dia kecik lagi........

semoga akak tabah key......
salam perkenalan dari Aliffaisy & co
Tue 15-Jul-2008 17:20
Posted by:~~ciklinn~~  - [Link]
Al-hamdulillah...ju dah selamat pun buang cyst tu....besar gak tgk cyst tu kan....harap ju byk bersabar atas apa yg berlaku. Ini sumer ada hikmatnya ju....Semoga ju & dalila cepat sembuh dan gembira selalu.
Wed 23-Jul-2008 03:39
Posted by:iza~mamahaikal melati072003@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Saturday, 12-Jul-2008 05:30 Email | Share | | Bookmark
Malang itu tidak berbau... kisah tragis Dalila

1st day-muka bengkak
dia mmg tdo mcm ni
sakit pun tetap nak tdo mcm nie
2nd day-mata kanan x leh bukak
collagen dah tampal cantik..
dalila mmg budak yg kuat semangat...
View all 32 photos...
Assalammualaikum mommies’ semua… mesti ada antara mommies semua tertanya² mana mama DD menghilangkan… & mungkin ada juga yg dah tahu suratan takdir yg telah menimpa Dalila & mamanya ini….

Pagi yg malang (30-05-2008 @ 7.30am)
Kebiasaannya mama akan masak air dahulu sejurus bgn tdo sebelum dalila bangun… & cecepat tanggal plak sejurus air mendidih…sbb takut kejadian mcm ini terjadi…
Ntah kenapa pg tu mama buat kerja lain dulu…. Sedang mama jemur baju kedengaran loceng gelang kaki dalila menandakan dia sudah bgn & menuju ke mama… siap menjemur baju mama & dalila masuk rumah mama terus masak air menggunakan cerek elektrik (plastik) untuk memandikan dalila, sambil tu mama mengemas barang² keperluan dalila untuk ke nursery…. Kebetulan pada hari itu cikgu nursery minta bawa butter, banana, a cup of sugar & flour … projek nak buat muffin pisang lah kot…. so mama ni buka tutup a laci ambik plastic & getah… laci tu adalah laci kedua kabinet dapur yg mana diatasnya cerek yg mama masak air tu. Mama mmg mcm x teringat jer mama sedang masak air & dalila duk main² kat laci tu turut sama ambik plastic & getah…tiba² mama terdengar dalila menjerit kuat ...mama toleh belakang tengok laci pertama terbuka dgn cerek di dlmnya (dalila cuba buka laci yg pertama..wayar cerek tu tersangkut menyebabkan cerek tu bergerak & jatuh dlm laci ).…. sepantasnya mama dukung dalila ke bilik air mandikan dia bahagian leher ke bawah… menjerit² panggil papa…masa tu mmg panik… mama buka baju dalila… Ya Allah! kulit di bahagian dada sebelah kanan tertanggal… kat tgn juga tertanggal… masa ni mama dah menggigil² sampai x leh nak piker apa dah…. bergegas kami bw dalila ke Hospital Putrajaya… dlm kereta dalila menagis x henti.. pegang, dukung semua tak nak….masa ni juga baru mama persaan muka dia sebelah kanan start merah & membengkak….

Sampai di unit kecemasan nurse sapu krim putih nak bg dia rasa sejuk… dia menangis lagi tanpa henti…& nak peluk mama jer… so krim yg sapu kat badan dia habis tertanggal….pastu menonggeng² dia menahan kesakitan….muka dia yg td merah tu dah tukar menjadi kehitaman & ada kulit yg dah start tertanggal masa nilah mama start nangis… x sanggup tgk dalila kesakitan mcm tu…mama tau papa pun x sanggup tgk dalila mcm tu.. tp papa mcm biasalah dia mmg cool, dia masih leh kawal perasaan dia..

Lebih kurang pukul 11.00 pg dalila masuk ward paediatrics. Dr dtg jumpa mama & ckp nak buat surgery ( tampal collagen) kat OT ke atas dalila ptg nanti & dalila kena start puasa…. w/pun susu x leh minum. Sbb kepenatan menangis dalila akhirnya tertido. Lbh kurang kul 12.00 nurse dtg bg dalila ubat tdo (pink syrup) nurse ckp dr nak buat surgery tu sekarang dekat ward sahaja. Kesian dalila baru nak tdo..dah kena kaco… mama angkat dia bawa ke bilik procedure… dia meraung² skali lg sampai hilang suara… lama juga derang tampal collagen tu… dlm pukul 1 baru keluar….
Mungkin kerana tampal collagen tu dlm keadaan dia sedar..maka collagen tu x lekat cantik…. X lama pastu dr yg tampal collagen tu dtg kat katil dalila bersama dr pakar… tgk keadaan collagen yg x lekat tu … dr pakar marah a… dia bebel a dekat dr tu… dia ckp dalila ni kecik lg mana bleh buat dlm keadaan sedar, kena buat kat OT bg dia GA (bius penuh)… so dr tu akur a… dia ckp kat mama nanti ptg kita buat semula kat OT… bengang gak lah mama & masa tu ada kawan² setempat kerja mama dtg.. meka pun bengang a… kesian dalila… x pepasal menanggung sakit tampal collagen tu…

Ptg tu kul 5.00 ptg dalila turun ke OT… masa ni yg mama sedih sgt… dalila menangis² minta susu “ nak shushu mama.. nak shushu papa”.. sampai ke OT pun dia masih menangis nak susu.. sampai tahap x leh pujuk dah….. ½ jam kat bahagiam pemerhatian… pukul 6.00 masuk dlm bilik bedah… mama menemani dalila…sehingga dia di bius… dlm mamai tu pun dia masih merengek.
“nak shushu mama”….bila dia dah x sedar dr minta mama keluar sehingga pembedahan selesai… sebelum mama keluar tu mama sempat lah cium badan dia…..masa tu airmata nak tertumpah mama tahan jer…mama setia menanti kat bilik menunggu bersama papa & ahli keluarga papa yg dtg dr Melaka… Pukul 7.45 nurse panggil mama bgtau mama buleh jumpa dalila… masa tu mama rasa nak lari masuk..x sabar nak jumpa anak mama tu…. Dalila masih lg merengek nak susu….rasa lambat nya masa berlalu nurse kata pukul 8.10 baru leh masuk ward…atleast ½ jam kena tgu selepas pembedahan…. Pukul 8.15 sampai kat ward… mama ty nurse buleh tak bg dia susu kesian dia nangis sejak td nak susu.. nurse kata bleh try bg sket dulu kalo x muntah leh bg... trus papa terus bancuh susu…Alhamdulillah dia x muntah selepas minum susu… 2 botol dia minum susu dlm keadaan mamai kesan bius….sepanjang mlm tu dia tdo agak lena..mungkin kesan bius & ubat tahan sakit masih ada…. Mama sepanjang mlm x tdo… setiap ½ jam mama kena keringkan collagen tu dgn hair dryer… collagen tu kena sentiasa kering… kalo basah dia akan tertanggal & kena tampal semula… mama x sanggup dalila sakit lg masa tampal tu nanti…. Sepanjang mlm tu jugaklah mama menangis … x sanggup rasanya mama tengok dalila yg sekecil itu menganggung derita kesakitan yg x terperi.. rasa bersalah menghantui mama….nurse dtg bg mama sokongan supaya mama tabah & kuat mengahadapi ujian Allah ini…mama kena kuat sbb mama nak jaga dalila… mama x leh nangis… sbb kalo mama nangis dalila juga akan nangis… so mama tekad xkan nangis lg depan dalila… sbb tu setiap kali kawan mama atau siapa sahaja yg dtg melawat dalila akan menangis tgk keadaan dalila…mama akan kuatkan semangat mama yg mama xkan menangis dpn dalila…mama kena kuat untuk anak mama….

Hr ke 4 jaga dalila mama rasa sakit bahagian peranakan mama sebelah kiri....(citer pasal mama nanti sambung kat entry lain lah ek…)

6 hari 5 mlm d hospital dalila dibenarkan pulang hari Rabu 4/6/08….tp yg sedihnya mama x pulang sama ngan dalila.. papa lah yg jaga dalila di rumah…papa lah yg menjadi nurse dirumah merawat dalila…

Saban hari kesan lecur dikulit dalila semakin pulih & collagen yg menggering tu akhirnya tertanggal sendiri… papa & mama akan gunting sedikit..sedikit collagen yg longkah tu…sehinggalah kulit dia bersih… Alhamdulilllah tiada sebarang jangkitan kuman… Kini lbh kurang sebulan lebih…(6 minggu)… kulit dalila semakin sihat…Cuma dr kata nak kembali normal ambik masa 2-3 bulan…
Sekarang ni masih lg follow up dgn hospital setiap 2 minggu… menurut dr kulit dia dah ok…Cuma skang ni dia rasa gatal.. dr kata gatal tu petanda bagus..menunjukkan sel kulit dia hidup… Alhamdulillah….dalila sekarang dah kembali lincah, ceria, menghiburkan mcm dulu…. Cuma kesan trauma tu masih ada… cthnya kalo mama pegang jug blender sekali pun dia akan ckp..”nanak…akut…” & lari ke depan… dia tahu apa yg terjadi pada dia..kalau mama tanya “adik sakit kenapa ni..” dia jawab,,” anas (maksud dia air panas)”

Inilah kisah malang dalila yg ingin mama kongsi bersama mommies semua….semoga pengalaman ngeri ini menjadfi tauladan kepada semua mommies agar lebih berwaspada….sesungguhnya malang itu tidak berbau…

Kalau sebelum ni mama berkongsi aksi/gambar ceria/comel dalila... tp kali ini ia berlainan...to mommies sumer sedia tisu dulu yek....& terima kasih sudi membaca coretan mama yg panjang ni hingga akhir...


Quote:
Terima kasih yg tidak terhingga ju ucapkan pd kawan² semua....sebenarnya ju bukan seorang yg sgt tabah.. ju terpaksa kuatkan semangat demi anak² especially dalila... sebenarnya 2 hr jugak ju x lalu makan...rasa lapar & mengantuk pun tidak... tp sokongan/nasihat ahli keluarga & kawan² yg byk membantu...tp sokongan yg paling jitu adalah dr hubby ju sendiri… dia teriam semua ni sebagai takdir dan nasihatkan ju suapaya terima ini sebagai satu ujian… dia pujuk ju suapaya makan…kalo x mkn camana nak dpt tenaga nak jaga dalila tu… kalo ju x mkn ju sakit nanti lg susah… Dia mmg seorang yg tabah.. byangkan masa jue dpt ta cyst ju perlu remove tu..ju menangis sampai tersedu²..sampai x terkata aper..sbb membayangkan ju yg akan terlantar & keadaan dalila yg mcm tu... ju mmg x sanggup sgt....tapi hubby ju lah yg byk pujuk ju...supaya menerima ini semua sebagai ujian dr Allah dan bersyukur sesungguhnya nasib ju jauh lebih baik dr org lain. Berulangkali dia pesan dgn ju supaya jgn terlalu memikirkan dalila... jgn risau pasal dalila... dia akan jaga... pikir untuk diri sendiri jer..yg penting ju sihat... Alhamdulillah akhirnya ju berjaya juga hanrungi ujian yg maha Esa ini.

Ita~Terima kasih Ita... Alhamdulilah dalila dah back aktif to normal. Dia mmg kuat semangat ...bygkan tgh sakit kat hospital..dia buleh lg minta akak bacakan dia buku, lepas 2 hr tak berjalan...dia belajar jln sendiri..sampai jatuh berdarah badan dia..
Iza~hati ibukan iza..kita lapar x mkn x pa..tapi tidak pada anak kita..kalo bleh tukar tmpt masa tu ..ju mmg sanggup.. Thanks iza
Niza~betul tu niza..mmg dugaan ..Alhamdulillah akan berjaya harunginya. Kalo kami x jadi balik kg..InsyaAllah kami dtg...lgpun akak pasti mesti ramai member fp nak tgk dalilakan..
Mimi~sorry...mmg masa tu teringat gak nak bg tau kat mimi... tp lepas beberapa hr kita plak sakit.. xpa nanti kita jumpa yer mimi.. anyway thanks dear for your support..
Lieya~xpa lieya bebila pun leh dtg... mmg lieya kita pun skang jd lebih berhati²...neway thanks for your support..
Tue 15-Jul-2008 06:45
Posted by:Mama Danish & Dalila juliana.cidaret@mmu.edu.my  - [Link]
kesiannya dalila..xsanggup auntie tgk..harap cepat sembuh
Tue 15-Jul-2008 07:27
Posted by:azie(mama auni & erin)
masa adeq kena air panas tu, papa din balik kmpg, berapa di taiping.
hari rabu tu papa baru dapat tahu, mmg nak ziarah tapi malu meyelubungi diriku.
buat mama jue, di harapkan kuatkan azam, tingkatkan semangat, sekarang adeq dah makin ceria dan sihat
Tue 15-Jul-2008 10:23
Posted by:papa din
View all 8 comments Add comment


Thursday, 29-May-2008 06:30 Email | Share | | Bookmark
Syukur Alhamdulillah

Kul 10 pg tadi dah jumpa gynae, Dr. Raja Juhaidah kat Columbia Asia Puchong. Alhamdulillah..... menurut Dr. Ju ovarian cyst yg mama dpt ni adalah normal & dia akan kecut dlm tempoh beberapa minggu...Alhamdulillah... cuma dr pesan mama x leh buat exercise (mmg x buat pun,... hehehe) x leh lari & pergerakan yg kasar... takur cyst tu 'twisted'... kalo dah twisted lg bahaya & kena remove immediately...

[quote]
Hirda~thank you dear for your support... harini I dah ok sket.. compare 2 hr lepas... sampai x leh tdo mlm rasanya...huhu

jue, harap jue banyak bersabar yer... semoga tabah menghadapinya.. dan semoga cyct tu tak membesar dan cepat sembuh...

take care
Mon 16-Jun-2008 09:22
Posted by:~*mama farhan & emily*~ nazathulhamimi@yahoo.com  - [Link]
hai jue..semoga cepat sembuh..dah lama xbuka fp jue..
Wed 18-Jun-2008 02:16
Posted by:azie  - [Link]
dah lama tak buka fp jue...terkejut juga baca...hopefully jue byk bersabar yer....jgn risau sbb gynae pon kata leh sembuhkan...insyaAllah semuanya akan selamat nnt...byk2 berdoa ye....




Mon 7-Jul-2008 16:01
Posted by:ju@mummy ain&alya
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 28-May-2008 01:20 Email | Share | | Bookmark
Ovarian Cyst

"Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala."

Apsal entry mama pelik kali ni... smalam dr sahkan mama ada ovarian cyst ni... esok mamanya appoitnment ngan gynae.... mama tgh risau sgt ni.... huhu... mama berdoa tiada apa yg serius...


http://www.alamhamil.com/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=195&Itemid=182


Insyaallah x de apa2 jue. my sis pun pernah kena. tapi lepas buang that cyst. she's ok now.
Wed 28-May-2008 23:38
Posted by:Hirda - mama Hardy  - [Link]
Add comment


Thursday, 22-May-2008 00:52 Email | Share | | Bookmark
Jln² Alamanda 17/5/08 + tindik tinga lala

kat parking....
biasa a kalo papa xder... dia duk tmpt dreber
dah..jom..jom
View all 19 photos...
Seharian golek² kat umah..... usah kata anak, mama dia ni pun dilanda kebosanan.... balik jer papa dr tmpt kerja mama ngadu a kami sumer boring ...ceh alasan tuk.... papa pun tya nak kuar ker..? nak p mana..? trus danish jwp, kita p la Alamanda .... dah lama abang x p alamanda..... mama pun per lagi setju jerlah... hehehe...
Tanpa apa² tujuan khas samoailah kat Alamanda..org x ramai sgt a.... ok ok la.... lalu dekat depan Tomei Danish & Dalila naik toy rider tu.... dlm masa yg sama mama duk cuci² mata kat booth Moon Collection (kedai silver tu).... mama & papa mmg dah pernah survey kat situ tuk tindikkan dalila.... tgk mood dalila ok jer... kami tanya a chinese lady tu...buleh tak nak tindikkan budak umur 2 thn tu..(tunjuk dalila yg tgh asyik main ngan abg dia)... chinese lady tu kata...buleh..tp tkt dia xmo diam..kami kata kita try dulu...Mama pun ngan excitednya memilih lah subang yg sesuai.... pastu ambik dalila ..pangku atas riba... then chise lady tu buat marking kat mana nak tembak...
masa ni mama yg seriau...huhu... papa dah che alip but.... dia lagi a seriau... Alhamdulillah dalila senyap jerk... tak gerak² kepala pun... chinese lady tu kire 1 2 3.. staff dia trus tembak yg belah kiri sesaat pastu chinese lady tu tembak plak belah kanan..... 3 saat pastu.... uuuwwwaaaaaaa sekuat hati.... mama trus bawa dia lari dr situ ..... sib baik dia nangis sekejap jer.....
pastu km p mkn pizza hut.... dalila muka masam jerk..seolah² marah kat kami.... x bg touch telingan dia.... Alhamdulillah sehingga harini telinga dia ok.... x merah & menanah... tp yg cam x puas hati tu... staff dia tembak senget sket yg belah kiri tu..... tp sayangnyer mama lupa nak snap the graet moment tu....

jue, kedai yg mane...how much yeak...
mmg berkobar2 ni tapi tu la bile dah smpi kang
mesti lieya yg kensel kan..sebab tak smpi hati sebab
takut...tapi tgk dalila ookey jek...tu yg naik balik semangat nie
he he he
Wed 28-May-2008 02:41
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
adeh...mcm seriau je bile cite pasal tembak2 tinge ni..ade gak mil suh tembak tinge dhia..tp dhia kecek lg kan..tak spi sethn lg..ngan abg danish yg ganas tak hengat..pastu dhia suka garu2 tinge..takot berdarah je..mmg tak banilah sgt..tgulah dhia darjah 1 br ok kot..kekeekekek...

pasni leh arr pau mama mcm2 subang kan..make sure subang emas tau since emas tgh mahal kan...heheheh...
Wed 28-May-2008 09:55
Posted by:lyein
wah..dah bersubang dah anak dara akak..musti bertambah comey Dalila skang nih..mcm mn akak jaga x bernanah n x merah telinga Dalila?
Fri 30-May-2008 06:18
Posted by:Ita~mama Ira  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Friday, 16-May-2008 07:08 Email | Share | | Bookmark
edisi masak nasi x jumpa periuk....

beras yg bertaburan
di sana sini
 
View all 8 photos...
erm...cam pelikkan title tu...tp xder per yg pelik dgn dalila ni.... dia punya ligat masyaAllah... poning kapla mama ni... rasa mcm nak bg tgn jer..kdg tu bg jugak..sbb tak larat dah nak melarang....huhu...ampon yek papa...mama hilang sabar..huhu... mana taknya dalila ni mmg mcm langit & bumi compare ngan abg dia danish tu....betullah kata org lain anak lain perangainya.... kalo lelaki lasak patut a..ni pompuan....

perkara terlarang yg paling dia suka buat:

-punggah rak kasut, semua kasut dlm tu dia kuarkan..kalo nasib mama x baik lupa tutup pintu bilik air.. dia dgn rajinnya pergi rendam semua kasut² tu dlm baldi....

berdiri & menari² atas meja makan..pastu jerit kuat² buat mama panik

masuk bilik abg dia..punggah segala mainan..bukan nak main pun...dah teraburkan semua..dia kuar a dr bilik tu... cam nak puaskan hati jer... agak nya sakit jer hati dia kot tgk benda yg kemas² ni..

habit baru...suka masuk dapur ker..bilik ker..pastu tutup pintu... senang a tu nak buat 'kerja' mama x nampak

lg 1 habit baru.. masuk dapur pastu buka drawer tmpt mama simpan perkakas cam pisau/senduk/gunting semua tu.... la ni pisau/gunting dah kena pindah tmpt... x pepasal kena duk dlm almari pulak dah....tuk keselamatan.. sbb pernah sekali tu danish jerit² panggil mama adik dia main pisau..huhu..sib baik x jd per per...

1 gik..dia suka sgt minum air mentah yg tadah tuk bg dia mandi tu....puas dah kena tepuk mulut tu...hehehe..(dpt plak mama nyer garang ..huhu) nasib a....ekekeke

oppss lari topik plak... bebalik pd kejadian nak masak nasi x jumpa periuk tu...
satu mlm tu mama tgh iron baju kat bilik blakang..tetiba chef kecik ni dtg dgn cawan sukat beras tu...suh a dia simpan...x lama tu dia dtg semula tgk cawan tu dah x bawa..so mama pun bg a puji-pujian... haaa pandai pun adik...
dia pun terus kuar p bilik mama main ngan abg danish.... mama siap jer iron baju kuar jer dr bilik blakang tu p dapur...tgk cawan tu dah cantik jer simpan dlm bekas beras tu smula....
skali mama kuar dr dapur nak masuk bilik... eeeiiiii aku pijak apa ni... rasa semacam... skali tgk bawah masyaAllah... beras berterabur 1 rumah....nak marah pun dah tak bleh dah.... ambik jer lah penyapu...sekali sapu rasanya lepas kot 3 harinya stok...dah a beras skang ni mahal gilos...
itulah dalila....anak mama yg sgt bertuah....


beras makin mahal dah sayang...banyak2 le bersabor ye..
Sun 18-May-2008 13:45
Posted by:yong*ibu chempaka  - [Link]
alahai cutenyaaaa dalila buat mcm tuuu........tergelak aku ju......
Wed 21-May-2008 08:57
Posted by:aunty faiz abu_grey@yahoo.com
ishh dalila ni sama mcm ain...kalau masuk dapor abis semua brg dia punggah...peti sejuk jgn ckp laa...smpikan ju tak tahan ...ju amik selotape...ju tampal kat pintu peti sejuk ...hehehehehe
tp ok gak anak dara suka masuk dapor...senang nnt keje ibunyaa
Fri 23-May-2008 03:28
Posted by:Ju~Mummy Ain  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 15-May-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
jom mandi bedak jom....

muka bosan lah tu...tgh cr idea ker...
pusing kanan...
pusing kiri...
View all 13 photos...
Entry kalo ni mama nak citer pasal dalila yg mmg x leh duk diam... antara hobi dia adalah bermandi bedak....

mama rasa kalo mama kumpul semua bedak yg dia main tu pastu bancuh leh dpt sepinggan cucur kot...

so kat bawah ni ... sessi bermandi bedak with 'lala'..entry akan dtg sessi bermain beras pulak yek... nak upload hrni kabel x bawak lak...

sorry pic 18sx..huhu

Hehehe..ur doter sama cam my doter, zahin..ske main bedak..ske main wipe tissues..tensen gak aa...huhu..tp mmg budak2 mmg ske main apa yg kte larang..lg kte larang lg dia buat..kn? nway, bape umo ur doter ye? n salam perkenalan dr sy...
Thu 15-May-2008 16:27
Posted by:~Ummi_Zahin  - [Link]
sama ngan maryam..klu dpt bedak...suka tgk muka dalila yg boring...cute sgt..
Fri 16-May-2008 01:17
Posted by:sue@mama_Maryam  - [Link]
budak2 memang suka main bedak..agaknya sebab wangi kot.. huhu sama jer si dalila ni dengan emily, pantang jumpa bedak... kalau farhan dan emily main bedak, conpem mimi panggil dorang zombi kg. pisang
Fri 16-May-2008 05:58
Posted by:~*mama farhan & emily*~ nazathulhamimi@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 6-May-2008 03:41 Email | Share | | Bookmark
Desa Water Park 19/4/08

 
 
 
View all 18 photos...
Salam semua....

Ramai mommies Tanya mana mama p lama x hupdate fp.. mekasih… pd meka yg prihatin…. Sebenarnya mama ni x kemana pun…3-4 minggu lepas mama x dak mood sebab sakit gigi. Skang nig g dah ok…. kerja plak bertimbun kat opis ni…. Mama ni incharge bahagian peperiksaan, so bila dah dekat time nak periksa ni mama nyer kerja mmg tak menang tgn a….

X byk pun pic yg terbaru …. semua pun dah berkapuk rasanya……

So selamat lah menjamu mata.. dgn yg tak seberapa ni…. huhu

Ni pic masa MMU staff club buat family day kat Desa Water Park... x byk pic yg sempat dirakam sbb mama & papa sibuk main air + jaga Danish & Dalila...
Danish lah yg paling enjoy sampai tak mo balik....

jom mommies sumer bergathering kat water park plak.... sure meriahkan....

Hello Shalial,Want a cute, cool and nice collections for your little Danish and Dalila? Here at Cheeky Kid Collection, we have gorgeous collections for u to buy. Happy buying ya...Cheers
Tue 13-May-2008 16:25
Posted by:Cheeky mummy  - [Link]
hi Kak Jue, lama menyepi erk...wah,g mandi manda lagik Danish n Dalila..sampai x mo blk tue...mmg gtu la kak..kalu bebudak dah dpt air...ssh nak sok naik.. . Ira pung prnh g sana last year..ms tu umur dlm 7-8 bln..main kat baby pool je..mmg happening la kat sana...
Thu 15-May-2008 07:27
Posted by:Ita~mama Ira atinzam@yahoo.com  - [Link]
uisy, budak2 kalo dpt air mmg prasan la duyung .... payah nk ajak naik. a.d. br nak p sana next month. pun sbb family day opis mummy. haa... bila kita buleh buat gath kat sana? hehehhe....
Thu 15-May-2008 08:35
Posted by:dellania  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 28-Mar-2008 08:21 Email | Share | | Bookmark
Mutiara cumel tuk si gadis cumel....

 
 
 
Hari ni mama eppy & teruja sgt coz dpt parcel berisi mutiara.....
Thank yuuuuu Mimi sudi dapatkan mutiara tu tuk kita....
Mama beli muatiara ni khas tuk si kecik molek mama dalila tu.... harap² dalila nak lah pakai...

Mama x bawa camera ke opis harini...so pinjam camera Ibu wanie...sbb x sabar nak bukak kat opis... bukan sahja mama, opis mate mama pun excited nak tgk apa bentuk muatira yg terdapat dlm tiram tu....

once again thank you mimi...






wah cantik nyer pearl ni..
kalo anak dara pakai tahan ker?
almaklum la ... ganaz skit.. takut ditariknyer... ehhehehe
tp mmg cantik.. kiter pun ader 1... tp cincin la... dia korek from that tiram tuh life lagi.. ehehhe
Anyway salam perkenalan dr adriana & co...
Tue 29-Apr-2008 06:32
Posted by:As Mama Adriana Amani  - [Link]
kak, lame tak berhapdet...windu dah nie kak
Wed 30-Apr-2008 03:02
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
hi there,
plz visit http://nadiyazlan.fotopages.com for authentic/original Liz Claiborne, Coach, Aigner, Nine West and many more...
thanks!
Sun 4-May-2008 20:30
Posted by:nadia usofea@yahoo.com  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Monday, 24-Mar-2008 04:33 Email | Share | | Bookmark
Sunway Lagoon ~ 20 March 2008

adik xcited.. baru sampai masa ni..
cam terpaksa salam ngan maskot...
danish takot senarnya tu...
View all 41 photos...
Sebagai meraikan besday Danish papa belanja kami p Sunway Lagoon.... so untuk memeriahkan suasana mama ajak la sekali Pak Lang, Mak Lang, Acik & Kak Hidayah (sepupu sepapat mamalah)... dlm masa yg sama adalah org leh tolong jaga Danish & Dalila masa mama & papa nak p main.....

Seharian kami di sana dari pukul 10.30am sehingga lah pukul 5.30pm itu pun sbb nak hujan..kalo idak mau tak nak naik lagi peneman kami sumer tu... syok berendam dlm laut buatan manusia tuu...

Bila balik...tgk muka...sumer jd merah macam udang kena panggang...sun burn... masa kat sana tak hengat lapar... sebelum balik masuk SP cr kedai mkn dolu....

conversation mama & Danish setelah sampai umah...

Mama: Danish.... best tak kita pergi sunway lagoon
Danish: besh
Mama: nak pergi lg tak..?
Danish: x nak....
Mama: kenapa lak tak nak...?
Danish: abang takot a mama.... naik btg kayu yg kuar kat mulut ulor tu...
Mama: la... takut ker...? ok lah..kalo camtu nanti mama bw adik jerlah...
Danish: nak ikut..nak ikut jugak..oklah abang dah tak takut dah...

Danish ni mmg penakut sket..so mama rasa..mama kena selalu bw dia g tmpt camni bg dia jd berani sket...

Yang si adik nya plak terlebih berani...bg turun kat slide berair tu dia leh baring jerk x hirau langsung air jatuh atas muka dia pastu dah sampai bawah dia leh gelak kekekek lg...km plak yg riso air masuk telinga dia... Dalila keletihan sampai tertidur masa naik pelampung mengelilingi wet park tu...

Masa kat sana sempat lah mama snap pic...x snap byk pic sbb asyik jaga dua beradik ni bermain...




ala lieya terlepas plak...tak kiwe nak wish gak....hepi belated besdey danish...semoga menjadi anak yg soleh dan baik ...amin...

wah seronoknye gi sunway lagoon.....lieya pun suke gi sunway lagoon....kalo dah mak suke..anak2nye lagi ler suke....he he he suke tgk pic dalila isap botol tu....penat sangat laa tu yeak syang....si danish plak look smart ngan swimming suit hitam tu...encem boy lah!!!
Thu 27-Mar-2008 04:45
Posted by:lieya *mama damia & mirza* lieya_latif@yahoo.com  - [Link]
sronok tgk danish n dalila main air..tambah2 dalila la comey jek..ngan swimming suit dia.. Ita x prnh bwk Ira g ctu lg..so far bwk Ira g Desa Waterpark jer..mmg enjoy tgk dia main air..hehe..
Mon 31-Mar-2008 10:10
Posted by:Ita~mama Ira  - [Link]
Abg danish pakai swimming suit tu kemas & cun je... hardy pakai...ha ha ha.. terserlah perut muncit dia. memang nampak panas pun. sib baik dalila x demam. hardy kalu pi tempat2 camni, balik nanti tunggu la, konpem demam... sungguh x hero anakku itu..
Thu 3-Apr-2008 01:02
Posted by:Hirda - mama Hardy  - [Link]
View all 11 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.